Melihat keindahan hidupan marin di Pulau Perhentian pasti meruntun sesiapa jua khasnya buat penyelam untuk mengintai kehidupan dasar laut yang mempesonakan. Jadi untuk anda yang ingin berkunjung ke sana, entri ini ada beberapa guide yang boleh anda ikuti apabila ke Pulau Perhentian.
1. Aktiviti utama pelancong ke sini tentulah snorkeling dan selam skuba. Selebihnya menghayati pemandangan semula jadi di sekitarnya yang masih terjaga.
2. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
3. Perjalanan bermula di Jeti Kuala Besut, Terengganu di mana pelancong boleh menaiki bot laju menuju ke Pulau Perhentian Kecil yang terletak kira-kira 21km dari Kuala Besut, mengambil masa kira-kira 30 minit.
4. Jangan lupa bawa sedikit makanan untuk anda makan dalam perjalanan ke sini terutamanya roti. Takut anda lapar sepanjang perjalanan.
Ads
5. Paling penting, bawa air mineral botol besar dan bajet dalam 3 hari anda perlu minum air mineral berapa liter. Cuaca di Pulau Perhentian agak panas dan anda perlu minum air secukupnya.
6. Kawasan penempatan hanya tertumpu di Pasir Hantu atau dipanggil Perhentian Permai terletak di Pulau Perhentian Kecil.
7. Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsun yang melanda pulau setiap hujung tahun.
Ads
8. Alatan untuk snorkeling dan jaket keselamatan boleh disewa.
9. Jika mahu melihat ikan dan terumbu karang dengan lebih jelas, pengunjung boleh melakukan aktiviti snorkeling pada waktu tengah hari.
10. Biasanya pengunjung akan dibawa snorkeling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Terumbu karang di laut Perhentian sememangnya cantik dan menakjubkan.
Ads
11. Para pengunjung disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkeling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin di samping dapat menikmati keseronokan snorkeling sepuasnya.
12. Antara lokasi snorkeling yang dikunjungi oleh pengunjung ialah Turtle Point, Shark Point dan Lighthouse.
13. Selain snorkeling, aktiviti selam skuba juga disediakan. Aktiviti ini juga jadi kemestian buat penyelam skuba. Pastinya akan memberikan pengalaman seumur hidup bila dapat menyaksikan sendiri tukun kapal, tukun konkrit yang terletak di dasar laut, selain daripada melihat kehidupan laut dan batu karang.
14. Salah satu tarikan pelancongan dan lokasi wajib ketika anda bercuti di Pulau Perhentian ialah Kincir Angin Perhentian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau dahulu parkir di pusat membeli-belah Sunway Pyramid antara terawal yang menyediakan kotak parking berlampu. Ia memudahkan pemandu mencari kotak parking berpandukan nyalaan lampu hijau (parkir kosong) atau lampu merah (parking bertuan).
Kini, Sunway memperkenalkan kaedah terbaru iaitu ‘Sunway Smart Parking’, menggunakan cara pengesanan nombor plat dan bayaran menerusi pelbagai cara membabitkan 10,000 petak letak kereta.
Ini adalah sebagai pengalaman parkir tanpa bayaran tunai yang diperkenalkan sebahagian daripada program digitalisasi Sunway. Secara tidak langsung memudahkan golongan pembeli untuk membeli-belah dengan selesa.
Dengan Sunway Smart Parking, pemandu tidak perlu membayar menggunakan tiket parkir apabila mereka masuk dan keluar tetapi hanya perlu mendaftar nombor plat kereta menerusi portal Sunway Parking dan aplikasi Sunway Pyramid menerusi fon pintar.
Dari segi pilihan bayaran tanpa tunai, terdapat sejumlah 12 rakan peserta iaitu GrabPay, Boost, WeChat Pay, Alipay, Touch N’ Go Digital, dan Maybank QR di samping rakan kredit MasterCard, Visa, American Express, JCB, UnionPay, dan MyDebit.
Sistem itu telah mula dilaksanakan di enam premis harta meliputi Sunway Pyramid mall, Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Clio Hotel, Sunway Pyramid Hotel, menara pejabat Sunway Pinnacle dan Menara Sunway. – Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Memakai pelitup muka merupakan antara perkara yang disarankan ketika ini dibanyak negara yang terlibat dengan pandemik COVID-19.
Baru-baru ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memperbaharui nasihatnya kepada negara-negara terjejas dengan wabak pandemik ini agar meminta orang ramai memakai pelitup muka jenis kain di ruang awam yang mempunyai risiko jangkitan COVID-19 bagi mengurangkan penularan virus itu. Sekali lagi mengubah pendiriannya terhadap isu pemakaian pelitup muka sejak tercetusnya wabak COVID-19 hujung tahun 2019 lalu.
Garis panduan terbaharu itu berdasarkan bukti saintifik daripada kajian yang dijalankan sejak beberapa minggu yang lalu. WHO bagaimanapun menekankan bahawa pelitup muka hanya merupakan satu daripada pelbagai alat lain bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dan tidak sepatutnya menjadikan orang ramai terlalu selesa.
“Pelitup muka sahaja tidak akan melindungi anda daripada COVID-19,” tegas Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
“Kami menasihatkan kerajaan-kerajaan setiap negara untuk menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka. Kami juga bercakap khususnya tentang pelitup muka kain yang bukan untuk tujuan perubatan. Kami mempunyai hasil kajian baharu. Kami mempunyai bukti bahawa sekiranya ia dilakukan dengan betul, ia boleh menjadi benteng yang menghalang titisan air yang mungkin berjangkit,” kata Maria Van Kerkhove, pakar teknikal WHO berhubung COVID-19 kepada Reuters
Sebelum ini, WHO memaklumkan bahawa pihaknya masih tidak mempunyai bukti yang mencukupi berhubung pemakaian pelitup muka di ruang awam. Pertubuhan itu sebelum ini hanya menggalakkan pelitup muka perubatan dipakai oleh individu yang bergejala serta petugas yang merawat mereka.
Aktiviti membeli-belah memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila kita mempunyai wang yang banyak yang membolehkan kita membeli apa-apa sahaja barangan atau produk yang disukai. Malah ada orang yang menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti mesti dilakukan jika melancong ke luar negara.
Kadangkala kita rasa semua tempat yang kita tuju sudah menawarkan harga yang murah, tiba-tiba apabila ke lokasi lain atau balik ke negara sendiri harga barang yang dibeli sebenarnya jauh lebih murah. Pasti rasa menyesal tidak sudah!
Kalau anda memilih percutian bersama agensi pelancongan, selalunya jadual perjalanan telah ditentukan oleh mereka. Percutian anda memang akan menjadi mudah dari a to z. Tetapi, kebanyakkan kedai-kedai yang di bawa pemandu pelancong bukanlah antara kedai terbaik untuk memberi harga yang murah. Kedai tersebut dipilih kerana mereka akan memberikan komisen yang setimpal kepada pemandu pelancong kerana membawa pelanggan. Oleh itu dapatkan info sebaik mungkin premis berbelanja mana yang menawarkan harga rendah kepada pembeli. Jika ada masa terluang atau free & easy anda boleh terus ke lokasi tersebut sendiri tanpa mengharapkan bantuan pemandu pelancong anda.
Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan
Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasaraya terkenal. Malangnya pasaraya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda hingga anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah anda masih bersusah payah untuk mendapatkan barangan tersebut, kerana kemungkinan besar harga barang yang dijual berdekatan rumah anda akan menjadi lebih murah berbanding di lokasi jualan murah tersebut dek faktor kos sampingan yang diperlukan.
Bandingkan harga
Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Sebelum membeli barang yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang murah, buat perbandingan terlebih dahulu. Tidak semua barang yang ditawarkan dengan harga diskaun. Berhati-hati ketika membeli belah. Lebih baik jika anda mengambil gambar produk yang mendapat potongan harga kemudian tunjukkan kepada juruwang ketika proses pembayaran. Ini bagi mengelakkan harga promosi dan harga ketika produk dibayar berbeza.
Cari maklumat
Cari maklumat dalam beberapa laman web pasaraya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasaraya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya.
Pertimbangkan tawaran yang diberikan
Misalnya ‘buy one get one free’ atau ‘free gift with purchase’. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!