Untitled design (14)

Pasti ada di antara kita tak sabar nak pergi bercutikan. Apa kata kali ini pilih resort mewah atas air yang bukan saja memukau mata memandang tapi suasana juga pasti seronok kerana berada atas air. Bagi yang bercadang cuti di Malaysia, ini senarai 10 resort atas air yang best untuk pergi bercuti.

Ads
10 Resort Terapung Di Malaysia, Port Best Untuk Cuti
  1. Pangkor Laut Resort :- Terletak di Pulau Pangkor, untuk ke lokasi ini perjalanan botnya 15 minit sahaja dari Marina Island Pangkor. Semua aktiviti boleh dilakukan termasuk snorking dari lokasi ini.

    10 Resort Terapung Di Malaysia, Port Best Untuk Cuti

  1. Avani Sepang Gold Coast :- Terletak di Bagan Lalang, resort ini antara pilihan dekat bagi mereka yang tinggal di KL dan Selangor. Menyaksikan matahari terbenam antara kenangan indah di sini.

    10 Resort Terapung Di Malaysia, Port Best Untuk Cuti

  1. Avillion Port Dickson : Port Dickson antara destinasi percutian popular di Malaysia. Nak lari dari hiruk pikuk kota, boleh port di sini sebab segalanya ada.

    10 Resort Terapung Di Malaysia, Port Best Untuk Cuti

  1. Mabul Water Bungalows Resort : Bila sebut Pulau Mabul antara lokasi menyelam terbaik di Malaysia, jangan lupakan Mabul Water Bungalow ini. Ia menjamin keseronokan saat bercuti di sini.

    10 Resort Terapung Di Malaysia, Port Best Untuk Cuti

  2. Sipadan Kapalai Water Village Resort :- Sabah sememangnya terkenal dengan pulau yang cantik. Sipadan Kapalai Water Village terletak di Semporna, Sabah ini cukup menarik kerana ia terpisah jauh dari daratan. Antara aktiviti yang disediakan di resort ini adalah seperti berkayak, diving dan snorkeling. Warna laut membirunya membuatkan percutian tersangat best.

    10 Resort Terapung Di Malaysia, Port Best Untuk Cuti

  1. Berjaya Langkawi Resort :- Jika resort lain terletak atas air, Berjaya Langkawi Resort juga begitu tapi ia ditambah dengan ksegaran hutan hujan yang mengelilinginya kawasan sekelilingnya. Selepas puas berenang di laut boleh buat jungle tracking dengan bantuan pandu arah. Kata orang, lepak atas laut best, lepak atas darat pun best.

    10 Resort Terapung Di Malaysia, Port Best Untuk Cuti

  1. Gayana Eco Resort :- Masih di Sabah dan kali ini terletak di Pulau Gaya. Di kelilingi lautan luas dan membiru, untuk ke lokasi ini memerlukan korang menaiki feri disediakan iaitu dari Terminal Feri Kota Kinabalu. Banyak aktiviti air boleh dibuat disini termasuk berkayak, snorkling dan pelbagai aktiviti lain.

    10 Resort Terapung Di Malaysia, Port Best Untuk Cuti

  2. ST Regis Langkawi :- Ini antara resort mewah yang ada di Langkawi. Bagi yang menyukai panorama, boleh saksikan matahari terbenam dari sini malah banyak aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga di sini.

    10 Resort Terapung Di Malaysia, Port Best Untuk Cuti

  3. Grand Lexis Port Dickson :- Ini antara lokasi percutian popular tambahan lagi ada diskaun hingga ia menjadi viral semasa PKP kerana ramai datang bawa periuk belanga di hotel mewah ini. Kolam renangnya yang cantik pasti korang berpuas hati saat mandi manda di sini.

    10 Resort Terapung Di Malaysia, Port Best Untuk Cuti

  1. Lexis Hibiscus Port Dickson :- Nak kolam renang ada privasi sendiri, inilah port cuti boleh pilih. Lebih best setiap bilik ada tempat bilik stim dan saunanya sendiri dan ia diakui antara hotel terbaik di Malaysia.

Ads
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI