Pesawat telah merevolusikan sistem pengangkutan dengan kapasiti lebih besar dan cepat untuk membawa penumpang. Pesawat memainkan peranan penting dalam operasi ketenteraan, mengangkut kargo dan ke tempat-tempat yang jauh di seluruh dunia dalam masa yang lebih singkat. Saiz pesawat yang lebih besar, lebih banyak penumpang dan lebih banyak kargo boleh dimuatkan. Berikut ialah 10 pesawat terbesar dunia sehingga 2017.
Bonus- A300-600ST (Super Transporter) atau Beluga
Airbus A300-600ST (Super Transporter) atau Beluga, adalah versi pesawat udara A300-600 yang diubah suai untuk membawa bahagian pesawat dan kargo yang besar. Ia menerima nama rasmi Super Transporter sejak awal. Beluga XL , berdasarkan Airbus A330 dengan modifikasi dan dimensi yang serupa, sedang dibangunkan oleh Airbus untuk menggantikan jenis sama sekitar 2020.
10. Airbus A340-500 Pesawat ini dihasilkan oleh syarikat aeroangkasa Eropah. Airbus adalah pesawat jet penumpang komersial jarak jauh yang luas. Pesawat ini mempunyai empat enjin turbofan dan tiga gear utama pendaratan sebagai ciri khas. Ia boleh terbang sehingga 9,000 batu nautika membantu dalam operasi laluan tanpa henti yang panjang. Pesawat ini boleh muat sehingga 375 penumpang. Lufthansa dan Air France adalah operator terbesar model ini.
Ads
9. Airbus A350-900 Ia adalah pesawat jarak jauh enjin berkembar yang dibangunkan oleh pengeluar Airbus Eropah . Kedua-dua fiuslaj dan struktur sayap pesawat dibuat daripada polimer bertetulang serat karbon. Sebagai ahli keluarga pesawat A350 XWB, pesawat ini menawarkan keselesaan kepada penumpang dan potensi keuntungan optimum serta efisien kepada operator. Boleh muat 325 penumpang dalam susunan tiga kelas. Kos unit pesawat ini ialah AS $ 308.1 juta dan Qatar Airways operator utamanya.
8. Antonov An-22
Ia adalah pesawat pengangkutan tentera serta pengangkut strategik yang direka oleh Biro Reka Bentuk Antonov Soviet Union. Antonov adalah pesawat enjin turboprop terbesar di dunia yang pernah ada. Terdapat empat enjin turboprop yang memutar kipas secara kontra. Pada masa ini, pesawat udara ini telah banyak digunakan dalam operasi tentera udara dan kemanusiaan.
7: Boeing 777-300
Boeing Commercial Airplanes telah membangun dan menghasilkan pesawat jet enjin berkembar jarak jauh ini. Ia adalah pesawat jet enjin berkembar terbesar di dunia dan mempunyai kapasiti tempat duduk kira-kira 386 penumpang dalam tatacara tiga kelas. Ia dikuasakan oleh enjin GE90, Pratt & Whitney PW4000 atau Rolls Royce Trent 800. Penggunaan bahan bakar lebih cekap berbanding jet badan lebar lain, model ini merupakan salah satu model pesawat terlaris Boeing.
Ads
6. Airbus A340-600
Ini adalah pesawat penumpang jarak jauh dengan empat enjin komersil yang dihasilkan oleh syarikat Aeroangkasa Eropah Airbus pada tahun 1993. Ia boleh terbang sehingga 7,900 batu nautika dan dijana oleh empat enjin Rolls-Royce Trent 500. Ia mempunyai reka bentuk aerodinamik yang menjimatkan bahan api dengan struktur komposit mengurangkan berat. Pesawat ini menawarkan ruang pengendali yang hebat, keselesaan dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 350 penumpang dalam susunan tiga kelas dan kira-kira 475 tempat duduk maksimum.
5. Boeing 747-400
Pesawat komersial lebar ini dikenali dengan geladak atas khas di bahagian hadapan pesawat. Ia adalah versi penumpang Boeing 747 yang paling biasa kita lihat. Pesawat ini mempunyai kelajuan subsonik; Mach 0.85 dengan jarak 7,670 batu nautika. Ia boleh muat 416 penumpang dalam susun atur tiga kelas dan kira-kira 660 penumpang dalam susunan satu kelas maksimum. British Airways adalah pengendali terbesar model ini. Kos seunit pesawat ini ialah AS $ 234 juta.
Ads
4. Boeing 747-8i
Ia adalah pesawat komersial dihasilkan oleh Boeing Commercial Airplanes. Ia telah ditambah panjang fiuslaj dan sayap yang direka bentuk semula daripada model yang terdahulu. Ia mempunyai kapasiti penumpang sebanyak 467 dalam tiga susunan kelas. Ia mempunyai jarak kira-kira 8000 batu Nautika dan kelajuan penerbangan Mach 0.855. Ia adalah pesawat komersil terbesar yang dibina di Amerika Syarikat. Kos seunit pesawat ialah kira-kira AS $ 379 juta.
3. Airbus A380-800
Pesawat Airbus ini adalah pesawat dua dek, berbadan lebar, empat enjin dan merupakan pesawat penumpang terbesar di dunia. Oleh kerana dek atas kapal terbang meluas sepanjang keseluruhan badan pesawat, ia menawarkan ruang lantai yang boleh digunakan untuk menyediakan tempat duduk bagi 525 penumpang dalam konfigurasi tiga kelas. Ia boleh terbang 8,500 batu nautika dan kelajuan penerbangan 490 knot pada penerbangan biasa. Kos seunit pesawat ini ialah AS $ 432 juta.
2. Antonov An-124
Ia adalah pesawat pengangkutan yang direka oleh Biro Reka Bentuk Antonov Ukraine. Ia adalah pesawat pengangkutan tentera terbesar di dunia dan salah satu pesawat pengeluaran kargo berat tertinggi di dunia. Nama pelapor NATO adalah Condor dan digunakan dalam operasi penyelamatan dan pengangkutan udara. Kos seunit pesawat ialah kira-kira AS $ 70-100 juta. Pada masa ini ia sedang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Antonov dan Volga-Dnepr Airlines.
1. Antonov An-225 Mriya
Ia adalah pesawat kargo udara strategik yang direka oleh Antonov Design Bureau Ukraine. Ia adalah pesawat yang paling berat pada tahun 2017 dengan berat maksimum 640 tan metrik. Pesawat besar ini dikuasakan oleh enam enjin turbofan. Ia mempunyai jarak penerbangan yang agak pendek iaitu 2,160 batu nautika dan kelajuan penerbangan maksimum yang lebih rendah pada 458 knot berbanding pesawat komersil lain. Ia mempunyai sayap terbesar untuk pesawat dalam perkhidmatan operasi. Ia memegang rekod dunia untuk jumlah kargo udara yang diterbangkan iaitu seberat 253,820 kg. Ia adalah satu-satunya jenisnya dan mempunyai Pendaftaran Sivil Ukraine UR-82060.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berikutan pandemik wabak COVID-19 yang telah mengakibatkan sekatan perjalanan oleh beberapa negara, Kumpulan AirAsia akan melaksanakan penggantungan sementara untuk hampir kesemua penerbangan dalam rangkaiannya.
Pengumuman ini dibuat untuk dan bagi pihak, dan seperti yang dipersetujui oleh syarikat-syarikat penerbangan yang dikendalikan di bawah Kumpulan AirAsia dan Kumpulan AirAsia X seperti berikut:
AirAsia (Penerbangan jarak dekat)
AirAsia Malaysia (AK): Penggantungan sementara semua penerbangan antarabangsa dan domestik dari 28 Mac hingga 21 April 2020.
AirAsia Filipina: Penggantungan sementara semua penerbangan dari 20 Mac hingga 14 April 2020 berikutan tempoh kuarantin komuniti di Luzon dan masih beroperasi kawasan lain di negara itu;
AirAsia Thailand (FD): Penggantungan sementara semua penerbangan antarabangsa dari 22 Mac 2020 hingga 25 April 2020, penerbangan domestik masih beroperasi dengan kekerapan lebih rendah.
AirAsia Indonesia (QZ): Mengurangkan jumlah penerbangan antarabangsa, penerbangan domestik masih beroperasi dengan kekerapan lebih rendah.
AirAsia India (I5): Penggantungan sementara semua penerbangan dari 25 Mac untuk tempoh 21 hari berikutan pengumuman kerajaan India untuk menggantung sementara penerbangan domestik di India.
AirAsia X (Penerbangan jarak sederhana dan jauh)
AirAsia X Malaysia (D7): Penggantungan sementara hampir semua penerbangan dari 28 Mac 2020 hingga 31 Mei 2020. (Kod penerbangan D7 hanya terbang ke laluan antarbangsa).
AirAsia X Thailand (XJ): Penggantungan sementara semua penerbangan dari 16 Mac 2020 untuk tempoh tiga bulan; penerbangan DMK-ICN digantung hingga 19 April 2020, (Kod penerbangan XJ hanya terbang ke laluan antarabangsas).
Gerhana Matahari Anulus atau Gerhana Matahari Cincin yang berlaku semalam turut dikatakan mempengaruhi perilaku haiwan.
Ketika fenomena ini berlaku, kebetulan penulis berada ditepian sebuah pantai di Selangor. Kelihatan sekawan burung mengeluarkan bunyi yang agak aneh dan jarang didengar disekitar itu. Rata-rata yang melalui jalan berhampiran penulis pasti mendengar bunyi aneh burung sambil mendongak ke atas mencari si empunya suara. Bunyi burung-burung tersebut agak janggal dan jarang didengari seakan memanggil-manggil dengan sayu.
Menurut sumber Bernama ketika fenomena ini berlaku, sekumpulan pelajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalankan kajian memerhati terhadap reaksi haiwan di Zoo Johor. Pelajar berkenaan memulakan pemerhatian pada 9 pagi dan kemudian ditumpukan pada waktu kemuncak gerhana kira-kira 1.20 tengah hari sehingga gerhana berakhir 3.20 petang, terhadap haiwan jenis mamalia dan reptilia iaitu sekumpulan rusa, seladang, ular, gajah, harimau, singa serta monyet.
Mereka mendapati sekumpulan rusa berada dalam kawanan ketika kemuncak gerhana itu berbanding sebelumnya.
Ular bergerak sekali sekala sebelum waktu kemuncak gerhana dan tidak bergerak pada waktu kemuncak.
Monyet pula dilihat agresif pada sebelah pagi sebelum diam pada waktu kemuncak gerhana.
Info
Fenomena gerhana matahari itu seharusnya mendatangkan keinsafan kepada umat Islam mengenai kebesaran dan keesaan Allah SWT. Pandanglah kejadian ini dengan mata hati bagaimana Allah SWT mengatur segalanya dengan cukup sempurna di mana bumi, bulan dan matahari bergerak secara cukup sistematik. Lihat juga bagaimana satu makhluk yang sebesar matahari juga mampu terjadi gerhana kepadanya, apatah lagi kita ini manusia kerdil. Adalah jelas betapa kita amat bergantung harap kepada Allah SWT untuk segala-galanya. -Imam Satu Masjid Zahir, Mohd Isa Abd Rahman
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Emirates memperkenalkan polisi pelepasan kepada semua tempahan tiket yang dikeluarkan mulai 7 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.
Ia membolehkan pelanggan di seluruh rangkaiannya membuat pilihan untuk menukar tarikh perjalanan tanpa bayaran perubahan dan pengeluaran semula tiket. Langkah itu membolehkan pelanggan membuat keputusan dengan tenang sama ada untuk menukar cadangan perjalanan akibat penularan COVID-19.
Pelanggan boleh menukar tempahan mereka kepada mana-mana tarikh dalam tempoh 11 bulan bagi tempahan kelas yang sama tanpa dikenakan caj penalti.
Perbezaan tambang akan dikenakan sekiranya berkaitan. Polisi ini merangkumi semua destinasi rangkaian Emirates yang sedia ada.
Pelanggan juga dimaklumkan bahawa perbezaan tambang atau cukai mungkin dikenakan sekiranya mereka berhasrat menukar tempahan kelas yang berbeza. Bayaran semula dan syarat-syarat tempahan semula semasa bagi tiket yang dikeluarkan sebelum 5 Mac 2020 masih boleh dilakukan.
Pelanggan yang terjejas akibat pembatalan penerbangan susulan COVID-19 diminta membuat semakan di emirates.com/my untuk tempahan semula atau membuat pilihan semula perjalanan.
Pelanggan yang berhasrat menukar urusan perjalanan selepas membuat tempahan di antara 7 Mac hingga 31 Mac, 2020 boleh berjumpa ejen perjalanan mereka atau menghubungi pusat panggilan Emirates di talian +603-62074999.
Situasi itu kekal dinamik dan Emirates akan terus mencari pendekatan untuk menawarkan fleksibiliti, keselesaan dan ketenangan kepada para pelanggan. Emirates juga dalam kenyataannya yang dikongsikan Bernama mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dengan melaksanakan prosedur menyahjangkit yang ditambah baik selepas penerbangan melibatkan destinasi paling terjejas dengan COVID-19. Emirates Skywards juga akan menyediakan lebih fleksibiliti kepada ahlinya yang terjejas akibat penularan itu menerusi langkah sekatan perjalanan dan pengurangan penerbangan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!